Forum komuniti Kelantan ~ isu semasa, info kampung, peluang kerjaya dan pengiklanan tempatan. Sertai MyKelantan hari ini!

Forums Forums Kelantan Di Hati Isu Semasa Op Taring Wawasan: 20 warga asing termasuk dua tekong ditahan

  • Op Taring Wawasan: 20 warga asing termasuk dua tekong ditahan

    Posted by mykelantan on 17 Ogos 2025 at 8:59 AM

    [caption id="" align="alignnone" width="590"]Nik Ros Azhan berkata sebanyak 11 lelaki warga Pakistan termasuk dua orang dipercayai tekong ditahan dalam dua serbuan di Machang pada Rabu lepas. - Gambar fail/Bernama Nik Ros Azhan berkata sebanyak 11 lelaki warga Pakistan termasuk dua orang dipercayai tekong ditahan dalam dua serbuan di Machang pada Rabu lepas. – Gambar fail/Bernama[/caption]

    KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 menahan 20 warga asing termasuk dua tekong dalam tiga serbuan berasingan di negeri ini pada 13 dan 14 Ogos menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

    Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata sebanyak 11 lelaki warga Pakistan termasuk dua orang dipercayai tekong ditahan dalam dua serbuan di Machang pada Rabu lepas.

    Tangkapan pertama pada 9.30 malam susulan penahanan sebuah kenderaan dinaiki enam lelaki terbabit di Lebuhraya Pintasan Machang-Kuala Krai.

    “Pemandu memiliki pasport sah, namun lima penumpang mempunyai pasport tamat tempoh dan tiada cap masuk sah ke Malaysia.

    “Kira-kira 40 minit kemudian, sebuah kenderaan dinaiki lima lelaki Pakistan termasuk pemandu yang memiliki pasport tamat tempoh dan empat penumpang tidak mempunyai cap masuk sah ditahan,” katanya.

    Nik Ros Azhan berkata dua pemandu berumur 31 dan 32 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, manakala sembilan penumpang ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
    Sementara itu, dalam serbuan ketiga pada 6.45 pagi semalam, PGA menahan sembilan pendatang tanpa izin warga Myanmar di kawasan hutan di Kampung Kubang Pak Hitam, Pasir Mas.

    “Suspek terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut,” katanya.

    — BERNAMA

    mykelantan replied 2 months, 3 weeks ago 1 Member · 0 Replies
  • 0 Replies

Sorry, there were no replies found.

Log in to reply.