Forum komuniti Kelantan ~ isu semasa, info kampung, peluang kerjaya dan pengiklanan tempatan. Sertai MyKelantan hari ini!

Forums Forums Kelantan Di Hati Isu Semasa CelcomDigi STL: Kelantan lakar kejutan, Perak bawa cabaran tuan rumah ke final

  • CelcomDigi STL: Kelantan lakar kejutan, Perak bawa cabaran tuan rumah ke final

    Posted by mykelantan on 17 Ogos 2025 at 9:13 AM

    [caption id="" align="aligncenter" width="1280"]Foto Astro ARENA Foto Astro ARENA[/caption]

    SAINGAN CelcomDigi STL GP Perak kini menemui kemuncak, Kelantan Warriors, mencipta kejutan apabila mereka melangkah ke final bertemu pasukan tuan rumah, Perak Bison hari ini.

    Kelantan ketinggalan apabila bertemu Johor Tigris yang melakar kemenangan 15-9 dalam set pertama sebelum mereka bangkit memperoleh kemenangan 15-11 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

    Sentuhan servis serta corak bertahan yang menjadi menjadi nadi Kelantan untuk memperoleh kemenangan 15-6 sekali gus mara ke final buat kali pertama bagi musim ini.

    Dalam satu lagi aksi membabitkan tuan rumah yang bertemu Kuala Lumpur Thunder, kehadiran penyokong yang memberikan laungan semangat menyaksikan aksi penuh bertenaga ditampilkan, menyaksikan Perak menang 15-8.

    Dalam set kedua, segalanya serba berhasil buat Perak apabila mendahului 14-8.

    Bagaimanapun, KL Thunder hampir mencipta kejutan dengan mengutip mata demi mata sehinggalah kesilapan yang dilakukan membenarkan Perak menang 15-13.

    mykelantan replied 2 months, 3 weeks ago 1 Member · 0 Replies
  • 0 Replies

Sorry, there were no replies found.

Log in to reply.